Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) merupakan anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) yang ditubuhkan sebagai pemacu pembangunan mobiliti pintar dan mampan di Negeri Selangor.
RMSB diwujudkan bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam, meningkatkan aksesibiliti rakyat, serta memodenkan ekosistem mobiliti melalui teknologi dan inovasi.
Usaha Strategik kami merangkumi pelaksanaan inisiatif mobiliti pintar yang bersepadu dan berorientasikan masa hadapan, termasuk Selangor Intelligent Parking (SIP) dan Demand Responsive Transit (DRT). Setiap usaha dirangka secara berfasa dan berpaksikan data, teknologi serta keperluan rakyat, bagi memastikan penyelesaian yang cekap, mampan dan sejajar dengan agenda pembangunan Selangor sebagai negeri pintar dan berdaya saing.

Kami komited mengurangkan kesan alam sekitar melalui perancangan mobiliti pintar, infrastruktur cekap tenaga dan teknologi hijau seperti pengecasan EV serta kenderaan rendah pelepasan. Setiap projek kami menyumbang kepada bandar yang lebih bersih dan sihat. RMSB percaya bahawa kelestarian adalah asas kepada setiap tindakan - menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan penjagaan alam sekitar.

Mobiliti menghubungkan komuniti. Perkhidmatan kami direka inklusif, mampu milik dan mesra semua golongan. Melalui penglibatan aktif dan program CSR berimpak tinggi, kami membina kepercayaan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kami. Dengan dasar ESG menyeluruh, laporan tahunan dan pematuhan ketat terhadap piawaian alam sekitar serta sosial, kami memastikan projek mobiliti memberi nilai jangka panjang.Integrasi prinsip ESG membuka peluang kepada dana hijau dan pelaburan mampan. SIP muncul sebagai peneraju mobiliti lestari, menyumbang kepada pembangunan mampan di Selangor dan seterusnya.
© 2025 Rantaian Mesra Sdn Bhd